Tuesday, April 26, 2011

RM42 bilion harta beku


KUALA LUMPUR: Nilai harta pusaka tertunggak yang kebanyakan milik orang Islam terbeku sehingga mencecah RM42 bilion pada masa ini tidak semestinya mampu diselesaikan dengan hanya membuat wasiat.
Ini berikutan kos pengurusan harta pusaka di Malaysia mahal dan waris keberatan mengambil langkah permulaan walaupun caj itu boleh dituntut semula daripada harta pusaka si mati.
Penasihat agensi perunding harta pusaka Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd, Ariffin Sabirin berkata, tidak ramai bersedia untuk mengeluarkan bayaran pendahuluan disebabkan andaian waris lain juga ada bahagian, tetapi kenapa mereka perlu bayar dulu.

Beliau berkata, terdapat dua faktor utama yang menyebabkan waris gagal menguruskan prosiding harta pusaka di negara ini.


Faktor pertama, katanya ialah waris tidak mempunyai masa kerana urusan itu hanya boleh dibuat pada waktu bekerja saja menyebabkan semua waris terpaksa mengambil cuti dan berkumpul di rumah bapa atau ibu sebelum beramai-ramai ke pejabat organisasi yang menguruskan harta pusaka.

Manakala, faktor kedua katanya ialah kos pengurusan harta pusaka di Malaysia mahal dan waris keberatan mengambil langkah permulaan kerana anggapan biasa ialah siapa yang mengambil inisiatif, dia perlu menanggung kos permulaan seperti caj buka fail yang biasanya di antara RM500 sehingga beberapa ribu ringgit. 

No comments:

Post a Comment