Sunday, April 10, 2011

Sultan Selangot tarik balik darjah kebesaran Ting Pek Khiing

SHAH ALAM 10 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menarik balik dan membatalkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk yang diterima pada 1996 oleh bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd., Tan Sri Dr. Ting Pek Khiing berkuat kuasa 24 Mac lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, darjah kebesaran serupa yang diberikan kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy pada 2003 pula telah digantung sehingga keputusan kes mahkamah yang dihadapinya selesai.
Beliau berkata, Sultan Selangor memperkenankan keputusan tersebut setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor.
“Sultan Selangor membuat keputusan penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran ke atas Pek Khiing setelah mempertimbangkan bahawa pengisytiharan bankrap ke atas beliau adalah tidak sesuai bagi seseorang yang memegang darjah kebesaran dan bertentangan di bawah statut Darjah Kebesaran Mahkota Selangor 1966.
“Penggantungan darjah kebesaran ke atas Kong Choy dibuat setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya adalah kesalahan serius melibatkan kepentingan rakyat dan negara,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohammed Khusrin, Pek Khiing telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi pada 29 Oktober lalu manakala Kong Choy telah didakwa di atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya. - Utusan
Utusan Malaysia Online - Terkini

No comments:

Post a Comment