Sunday, April 10, 2011

Terengganu penagih ketiga tertinggi

KUALA TERENGGANU: Kedudukan nombor tiga daripada 14 negeri di Malaysia menunjukkan kadar penagihan dadah di Terengganu berada dalam keadaan membimbangkan sekali gus menjadi punca kepada berlakunya pelbagai gejala sosial lain.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, mengikut statistik tahun lalu, seramai 4,170 penagih dikesan pihaknya dengan 3,470 penagih baru dan 700 penagih berulang.
Beliau berkata, di Kuala Terengganu saja, AADK menahan 557 penagih dengan 542 penagih baru dan 15 penagih berulang.

“Banyak faktor menyebabkan Terengganu muncul tempat ketiga berbanding nombor 11 sebelum ini, antaranya kemasukan dadah sintetik dari negara jiran seperti pil kuda dan syabu yang boleh didapati dengan mudah.


“Malah jika diteliti dua daerah yang bersempadan dengan negeri jiran iaitu Besut dengan Kelantan dan Kemaman dengan Pahang mencatatkan jumlah tertinggi penagih dadah sekali gus menunjukkan ia menjadi pintu masuk bahan terlarang itu ke negeri ini,” katanya.

myMetroTerengganu penagih ketiga tertinggi

No comments:

Post a Comment