Sunday, May 22, 2011

7 jenazah disemadi dalam satu liang

Kosmo! Online - Terkini: "
KUALA LUMPUR — Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid berkenaan.

Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit.

Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (lapan), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd Zaid Azahari (14), Mohd Imal Fahad (sembilan) dan Mohd Hazim Sapri (10).

Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat. - Bernama"

No comments:

Post a Comment