Monday, May 23, 2011

Proses cerai Arnold cecah RM1.2 bilion


Maria Shriver dijangka terima RM602j harta


LOS ANGELES: Pelakon dan bekas gabenor California Arnold Schwarzenegger, 63, tidak hanya berdepan cemuhan umum berikutan skandal kecurangannya, malah proses perceraian dengan isterinya Maria Shriver, dijangka menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Maria berpisah dengan suaminya selepas mendapat tahu beliau mempunyai anak luar nikah berusia 14 tahun, hasil hubungan dengan pembantu rumah mereka, Mildred ‘Patty’ Baena, 50, dan merahsiakan perkara itu selama 10 tahun.
Selepas melantik peguam terkenal Laura Wasser, Maria dijangka memperoleh sejumlah besar harta sepencarian bersama yang bernilai antara AS$200 juta dan AS$400 juta (RM602 juta dan RM1.2 bilion), walaupun pasangan terbabit dilaporkan mempunyai perjanjian pra-perkahwinan, lapor akhbar The Times.
Jumlah ini empat kali ganda lebih tinggi berbanding penyelesaian diperoleh Elin Nordegren, bekas isteri pemain golf Tiger Woods, yang mendapat AS$100 juta (RM301 juta).

Laura Wasser adalah antara peguam perceraian terkenal Hollywood dan pelanggannya sebelum ini termasuk Britney Spears dan Angelina Jolie. Beliau ketika ini mewakili isteri Mel Gibson, Robyn Moore.

Bapanya, Dennis Wasser, juga seorang peguam perceraian terkenal, pernah mewakili Tom Cruise dan Steven Spielberg, sebagai pelanggan berprofil tingginya.

Walaupun perincian kekayaan Arnold dan Maria tidak diketahui umum, mengikut undang-undang Califor-nia, mereka perlu membahagikan kekayaan secara sama rata jika tidak mempunyai perjanjian pra-perkahwinan yang sah.
Kelmarin, Arnold dilaporkan membuat bayaran muka AS$65,000 (RM195,650) untuk kediaman bekas pembantu rumahnya kurang setahun lalu.

Pergolakan kehidupan peribadinya menyebabkan bintang Terminator terbabit terpaksa menangguhkan kemunculan filem barunya, Cry Macho.

Beliau dilaporkan mem-peroleh AS$12.5 juta (RM37.63 juta) untuk filem itu yang dijadual memulakan penggambaran Ogos ini.

Siri animasi dibintangi Arnold sebagai superhero juga secara rasmi ditangguhkan. – Agensi
Berita Harian Online | Proses cerai Arnold cecah RM1.2 bilion

No comments:

Post a Comment