Wednesday, May 11, 2011

Khalwat kes syariah tertinggi



KUALA TERENGGANU – Sebanyak 152 kes melibatkan pelbagai kesalahan jenayah syariah berlaku di negeri ini bermula Januari sehingga April 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, daripada jumlah itu, kes khalwat antara yang tertinggi dicatatkan melibatkan 35 kes (Januari), 34 kes (Februari) dan 46 kes (Mac).

Menurutnya, bagi kes kesalahan jenayah syariah di bawah Enakmen Syariah Negeri Terengganu kedua tertinggi pula adalah kes melibatkan persediaan melakukan persetubuhan di luar nikah dengan lima kes pada Januari dan masing-masing tiga kes pada Februari serta Mac.

“Hanya satu tangkapan dilakukan pada Mac bagi kes jenayah mengambil minuman memabukkan di bawah Seksyen 23 di daerah Marang.

“Bagi kesalahan perbua-tan tidak bermoral dan mendedahkan aurat di khalayak ramai pula masing-masing satu kes selain 24 kes lagi dicatatkan diseluruh daerah pada April lalu,” katanya.

Beliau berkata demi-kian ketika menjawab soalan Alias Abdullah (BN/Alur Limbat) berhubung jumlah tangkapan kes jenayah syariah bermula Januari hingga Mac dan jumlah denda kes khalwat dikenakan pada Sidang Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini, semalam.

Sementara itu, Khazan berkata, sekiranya kesalahan pertama jumlah denda yang dikenakan amatlah rendah antara RM3,000 hingga RM5,000 bergantung kepada kesalahan, namun rayuan boleh dibuat.

Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ramlan Ali (BN/Jabi) berhubung penguatkuasaan ketika mendaftar masuk di hotel dan resort bagi membendung kes khalwat, beliau berkata adalah tidak wajar penguat kuasa jaba-tan agama melakukan serbuan ke setiap bilik.

“Garis panduan berhubung perkara ini sudah dikemukakan kepada penguasaha, sehingga kini kita mendapat kerjasama yang baik daripada pihak terbabit yang membuat laporan sekiranya ada keraguan.

“Bagaimanapun operasi dan serbuan dilakukan dari masa ke masa di tempat awam dan sebagainya bertujuan memastikan kegiatan ini tidak berleluasa,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Nawi Mohammad (BN/Hulu Besut) berhubung perbandingan kes khalwat di negeri lain, katanya, sehingga kini tiada perbandingan dilakukan dengan negeri lain, namun secara umumnya di negeri lain juga ada membuat tangkapan terhadap kesalahan itu dan tinda-kan yang dikenakan adalah berdasarkan undang-undang Islam.

No comments:

Post a Comment