Friday, June 10, 2011

Obama tak cukup masa untuk anak

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata, beliau gagal meluangkan masa yang cukup untuk dua anak perempuannya walaupun cuba untuk belajar daripada kesilapan bapanya yang meninggalkannya ketika beliau berusia dua tahun.

Obama mendedahkan bahawa dia menyesal tugasnya menghalangnya meluangkan lebih banyak masa bersama dua anaknya, Malia, 12, dan Shasha, 10, ketika mereka membesar.


Obama memberitahu bagaimana membesar tanpa bapa mendorongnya untuk menjadi bapa yang baik, tetapi mengakui beliau bukan bapa yang sempurna. “Ketika Malia dan Shasha kecil, tanggungjawab kerja membuatkan saya terpaksa bekerja di luar daerah lebih kerap daripada yang sepatutnya,” tulisnya dalam artikel mengenai keibubapaan untuk majalah People. “Ada ketika bebanan membesarkan dua anak kami lebih banyak dipikul Michelle. “Ketika berkempen, tiada satu hari pun yang berlalu, saya tidak berhasrat untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga yang saya paling sayang lebih daripada apa pun di dunia ini.” Obama berkata kekesalan itu berpunca daripada pengalamannya sendiri membesar tanpa bapa. “Saya membesar tanpa bapa di sisi. Walaupun saya masih ingat dia membawa saya ke menonton konsert jazz, memberi saya bola keranjang pertama saya sebagai hadiah Krismas. tapi, dia tinggalkan saya ketika saya berusia dua tahun,” tulisnya. - Agensi

myMetro | Obama tak cukup masa untuk anak

No comments:

Post a Comment