Wednesday, June 8, 2011

Tangki air ibarat bom jangka



RUSLAN bersama kakitangan Syabas melawat salah satu kawasan bukit yang mengalami hakisan di Kepong, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan, Richard Lai, 56, mengaku sukar melelapkan mata sejak kebelakangan ini kerana bimbang kilang miliknya ditimbus tanah runtuh di Taman Ehsan di sini.
Kebimbangannya berasas memandangkan lokasi kilangnya terletak di kawasan berbukit yang sekarang mengalami hakisan sejak dua tahun lalu.
"Setiap kali hujan lebat, saya tidur tidak lena kerana setiap hari bimbang kilang saya kena tanah runtuh.
"Jika berlaku, pekerja saya mungkin dihempap tanah dan air macam tsunami yang berpunca dari kolam takungan air itu," katanya ketika ditemui semasa menerima lawatan wakil Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di sini semalam.
Lawatan bersama wakil media itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan.
Menurut Richard lagi, hakisan tanah berbukit itu hanya ditutup menggunakan kain plastik dan ia tidak mampu menghalang pergerakan tanah.
Malah, katanya, kewujudan kolam takungan air di atas kawasan berbukit yang tidak sampai 10 meter di belakang kilangnya itu juga bagaikan 'bom jangka' yang boleh meruntuhkan kawasan berkenaan pada bila-bila masa.
Sementara itu, Ruslan berkata, kawasan tersebut merupakan antara 51 kawasan di bawah kendalian Syabas yang berisiko mengalami masalah hakisan cerun sekali gus mengundang bahaya kejadian tanah runtuh.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment