Tuesday, July 12, 2011

Penduduk di sekitar gunung berapi Lokon dipindah

JAKARTA: Kerajaan Indonesia semalam berkata, ia akan memindahkan ratusan penduduk di sekitar Gunung Lokon di Sulawesi selepas meningkatkan tahap berjaga-jaga ke paras tertinggi.

“Kami meningkatkan tahap berjaga-jaga ke paras tertinggi malam tadi.


“Aktiviti volkanik yang berlaku semakin ketara sejak 9 Julai lalu. Gunung berapi itu menghamburkan debu setinggi 500 meter ke udara pada hujung minggu.

“Kami akan memindahkan penduduk yang mendiami sekitar 3.5 kilometer dari gunung berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga kerana bimbang berlaku letupan lebih kuat yang mungkin mengeluarkan gas panas berbahaya,” kata pakar gunung berapi kerajaan, Kristianto. Kira-kira 28,000 orang mendiami sekitar zon pindah tetapi hanya beratus-ratus daripada mereka dipindahkan semalam.


Mereka yang terlibat tinggal di laluan aliran debu.


Pegawai berkata, pelancong juga tidak dibenarkan mendaki gunung setinggi 1,580 meter itu yang terletak 20 kilometer dari Manado, ibu negeri Sulawesi Utara. - AFP

myMetro | Penduduk di sekitar gunung berapi Lokon dipindah

No comments:

Post a Comment