Sunday, July 10, 2011

Sengaja masuk KL untuk ditahan




KHAIRY (tengah) ditahan ketika berhimpun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Polis menyifatkan pemimpin-pemimpin tertinggi pembangkang sengaja membiarkan diri mereka ditahan apabila tetap memasuki ibu negara walaupun mahkamah mengeluarkan perintah melarang mereka berbuat demikian pada Khamis lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya telah menahan seramai 1,667 individu yang terlibat dalam perhimpunan haram tersebut termasuk 151 wanita dan 16 kanak-kanak.
Katanya, turut ditahan dalam perhimpunan tanpa permit itu ialah 12 pemimpin parti pembangkang dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
"Antara pemimpin yang ditahan termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga; Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
"Turut ditahan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dan Ahli Parlimen kawasan Batu, Tian Chua," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Beliau berkata, pemimpin yang ditahan itu dilihat sengaja membiarkan diri mereka ditahan polis dengan berhimpun di kawasan yang telah dilarang kepada mereka.
Menurut Ismail, polis menganggarkan antara 5,000 dan 6,000 orang berkumpul di dua lokasi dekat Jalan Pudu dan pekarangan Stadium Merdeka dan berarak menuju ke Dataran Merdeka.
Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment