Tuesday, August 30, 2011

Keluarga terkejut terima salah mayat

RIYADH: Kedutaan Filipina semalam mengesahkan mayat seorang lelaki yang mati dalam kemalangan industri dihantar ke keluarga yang salah.
Mayat Danielly T Ubungen sepatutnya diserahkan kepada keluarganya di selatan Filipina. Tetapi, apabila membuka keranda, keluarga itu terkejut kerana mayat itu bukan mayat Ubungen.

“Selepas dimaklumkan mengenai kesilapan itu, pihak kedutaan serta-merta menghubungi majikan mangsa dan pengendali penghantaran mayat untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata pegawai kedutaan.

Ubungen adalah seorang daripada empat mangsa yang terbunuh selepas terperangkap dalam letupan tangki kimia di tempat dia bekerja di Riyadh. Tiga yang lain ialah warga India.

Seorang pegawai yang menyelaraskan kerja penghantaran itu berkata, kesilapan berlaku kerana mangsa rentung dan tidak boleh dikenali.

Dua mayat mangsa warga India sudah dihantar pulang ke negara asal mereka sementara yang ketiga, masih ada di rumah mayat sebuah hospital di Riyadh. - SG, bharian

No comments:

Post a Comment