Monday, August 1, 2011

Tidak pernah berlaku isu pelawa Ku Li jadi ketua



KOTA BHARU – Isu menawarkan jawatan Ketua Pembangkang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah seperti dakwaan yang timbul beberapa hari lalu tidak pernah berlaku.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, apa yang dimaklumkan kepada beliau pelawaan itu tidak pernah berlaku.

“Tidak ada isu dalam perkara ini kerana ia tidak pernah berlaku. Ini kerana setakat yang saya tahu ia sekadar berita palsu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas dakwaan mengenai Tengku Razaleigh Hamzah dipelawa pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya.

Maklumat itu didedahkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang masih berada dalam PKR.

Satu pertemuan dikatakan diadakan pucuk pimpinan pembangkang bersama Tengku Razaleigh baru-baru ini, bagi membincangkan perkara itu sebagai kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah kes liwat.

http://www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment