Friday, September 2, 2011

Amerika: Al-Qaeda semakin lemah

Kumpulan alami 'tamparan besar' lepas ketua kedua mati di Pakistan dalam serangan udara CIA
WASHINGTON: Ketua antipengganasan Rumah Putih, Encik John Brennan, berkata kumpulan Al-Qaeda 'semakin lemah' selepas kematian ketua keduanya di Pakistan.
Beliau memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) semalam bahawa 'ia satu tamparan besar', dalam ulasan rasmi pertama Rumah Putih sejak Atiyah Abd al-Rahman dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara Agensi Risik Pusat (CIA) di kawasan puak di Pakistan minggu lalu.'Al-Qaeda seperti dalam keadaan lemah dan menerima pukulan bertubi-tubi ke tubuh dan kepalanya,' ujarnya.Encik Brennan berkata beliau sedang menyampaikan kepada rakan-rakan sejawatannya di Pakistan pesanan bahawa 'ini waktunya untuk tidak melangkah ke belakang dan membiarkan mereka pulih'.Islamabad meningkatkan bantahan terhadap serangan-serangan udara Amerika sejak satu serangan kumpulan komando khasnya membunuh ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu.Meskipun terdapat pergeseran itu, Encik Brennan berkata hubungan dengan Pakistan bertambah baik.Dalam satu wawancara agak meluas, Encik Brennan berkata beliau percaya tindakan agresif Amerika terhadap militan dari Pakistan hingga Yaman sebab utama mengapa pihak risikan Amerika tidak mengesan sebarang rancangan pengganasan aktif menjelang ulang tahun ke-10 serangan pengganas pada 11 September 2001 di Amerika.Beliau menyifatkan hubungan antipengganasan Amerika dengan Pakistan, Yaman dan Iraq sebagai model tentang cara Amerika akan memerangi Al-Qaeda pada masa depan - dengan tempuran dilakukan oleh negara- negara hos berkenaan.Menurutnya, Amerika sedang melihat ke arah membentuk model sama di Afghanistan sedang askar-askar Amerika berundur di sana dan, sebagaimana di Iraq dan Yaman, sebilangan kecil pasukan operasi risikan dan khas dikekalkan bagi bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatan mereka dengan menyediakan latihan, peralatan dan perkongsian maklumat risikan untuk mengesan sasaran dan memberi tekanan terhadap mereka.'Jika mereka bimbang tentang keselamatan mereka... mereka a mempunyai sedikit masa bagi merancang,' kata Encik Brennan mengenai militan itu.'Mereka akan sentiasa melihat di belakang atau ke udara atau ke mana saja, dan ia benar-benar boleh menjejas rentak operasi dan keupayaan mereka menjalankan serangan,' katanya, sambil merujuk kepada pembunuhan Atiyah sebagai satu contoh bagaimana tekanan Amerika melemahkan rangkaian kumpulan pengganas.Encik Brennan berkata kunci menghalang munculnya seorang lagi Atiyah ialah dengan sentiasa memberi tekanan ke atas semua tempat Al-Qaeda beroperasi. -- AP.

No comments:

Post a Comment