Saturday, December 24, 2011

NFC digeledah


KUALA LUMPUR – Kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa mempunyai elemen penyelewengan membabitkan dana kerajaan berjumlah RM250 juta mencapai kemuncaknya apabila pejabat NFC di Solaris Mont Kiara di sini digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Lapan pegawai SPRM memasuki pejabat NFC pada pukul 2 petang dan meninggalkan pejabat itu pukul 5 petang.
Pegawai Operasi SPRM Putrajaya, Wan Abdul Rahman Wan Mohd. Saleh mengesahkan SPRM membuat pemeriksaan dan merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam NFC.
“Sepanjang berada di pejabat NFC, kakitangan di pejabat itu memberi kerjasama yang baik,” kata beliau.
Bagaimanapun, Wan Abdul Rahman enggan memberi komen lanjut berhubung siasatan kes itu.
NFC merupakan syarikat yang bertanggungjawab menguruskan pusat ternakan lembu yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment