Thursday, December 8, 2011

Norman rela dibuang kerja


NORMAN yakin buat keputusan terbaik.
NORMAN yakin buat keputusan terbaik.

JAKARTA: Norman Kamarul tidak menyesal memilih menjadi artis dan penyanyi daripada menjadi anggota briged bergerak. Norman yakin dengan pilihannya. “Bagi saya tidak ada masalah. Banyak pekerjaan yang boleh dilakukan di luar sana, boleh saja jadi pemandu teksi motor,” kata Norman yang berada di Studio Hanggar, di Jakarta, semalam. Ketika dia dipecat daripada briged bergerak itu, Norman mengaku dia kurang kepercayaan diri.

Tetapi dengan menjadi penyanyi, dia berkata, Tuhan akan memberikan jalan kejayaan kepadanya. “Memang ada rasa kurang keyakinan diri. Tetapi sekarang tidak ada apa-apa. Allah memberi kesempatan kepada saya untuk mengasah bakat saya. Insya Allah dengan menyanyi dan saya akan fokus dengan karier saya ini,” katanya. Norman dipecat daripada Polis Daerah Gorontalo secara rasmi kerana dia telah melanggar Fasal 14, ayat 1 (a) Peraturan Pemerintah Nombor 1, 2003 kerana tidak hadir bertugas selama 84 hari tanpa alasan. Norman berkata, dia memang mahu keluar daripada briged itu sejak dulu.
Sementara itu, wakil Ketua Polis Jakarta, Komisioner Jenderal Nanan Sukarna berkata, Norman bukan dilepaskan bebas walaupun sudah dipecat daripada menjadi anggota polis. Norman perlu membayar ganti rugi. “Antara hukuman yang dikenakan, Norman perlu membayar ganti rugi,” katanya.

Kata Nanan lagi, Norman perlu membayar ganti rugi kerana tindakannya itu telah merugikan institusi itu.

Sebagai anggota polis, mereka semua terikat dengan perkhidmatan selama 10 tahun. Sebelum habis tempoh khidmat, setiap anggota polis tidak dibenarkan berhenti.

Kes Norman yang melanggar kod etika ini dilihat sebagai satu kes yang berat oleh Nanan kerana ia boleh menjadi contoh kepada anggota yang lain yang mahu keluar daripada perkhidmatan.

“Kalau melihat Norman tidak dihukum, mereka akan fikir mereka juga boleh melanggar kod etika ini,” katanya.

Nanan berkata, dia pernah mengingatkan Norman, ketika Norman masih lagi seorang anggota polis, supaya tidak sombong apabila sudah terkenal.

“Saya kata kepadanya, Norman, kamu mesti ingat siapa diri kamu. Beret dan baju seragam polis itu yang buat dia terkenal. Nampaknya dia lupa juga. Sayang, bukan?” katanya.
myMetro | Norman rela dibuang kerja:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment