Wednesday, December 21, 2011

Shariff Jajang bebas tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan bekas anggota EXCO kerajaan Selangor, Datuk Mohd Shariff Jajang daripada tuduhan rasuah berhubung permohonan tanah di Sepang, 14 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali membuat keputusan selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mohd Shariff didakwa sebagai ADUN Dengkil (ketika kejadian) yang dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang melakukan perbuatan rasuah iaitu mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah seluas 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, kepada Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAS), anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB) yang mana beliau mempunyai kepentingan.
Berita Harian Online | Shariff Jajang bebas tuduhan rasuah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment