Friday, March 23, 2012

Hukuman penjara 1 tahun: Imam baling selipar fail semakan

Utusan Malaysia Online - Terkini:


23/03/2012 4:25pm

PUTRAJAYA 23 Mac – Bekas imam, Hoslan Hussin yang didapati bersalah menghina mahkamah kerana membaling sepasang selipar ke arah panel hakim bersidang awal bulan ini, memohon agar hukuman penjara setahun yang sedang dijalaninya disemak oleh Mahkamah Persekutuan.
Dia memohon agar tempoh pemenjaraan itu disemak dan dikurangkan atas alasan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun.
Ini kerana hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Hoslan yang kini ditempatkan di Penjara Kajang memfailkan permohonan semakan itu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini hari ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co. – UTUSAN

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment