Jose Miguel Arroyo
MANILA - Mahkamah Filipina mengarahkan suami bekas presiden Gloria Macapagal Arroyo ditahan atas tuduhan menerima suapan untuk perjanjian projek bernilai tinggi dengan sebuah syarikat telekomunikasi China.

Jose Miguel Arroyo menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya dengan menyatakan bahawa isterinya yang menjadi presiden pada masa itu telah membatalkan perjanjian dengan syarikat ZTE untuk menubuhkan satu rangkaian jalur lebar di seluruh negara pada 2008 dengan nilai AS$330 juta (RM1 bilion) selepas menerima tekanan rakyat.

Menurut peguam Miguel Arroyo, anak guamnya sedia menyerah diri walaupun menafikan dakwaan itu.

Kes tersebut dikemukakan oleh presiden Benigno Aquino yang sebelum ini turut mendakwa Arroyo terlibat dengan rasuah termasuk tuduhan memanipulasi keputusan pilihan raya pada 2007.