Friday, April 27, 2012

ATM nafi tuduhan Nizar

Kosmo! Online - Negara:



NIZAR


KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam menyifatkan tuduhan tidak berasas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini sebagai berbaur hasutan.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej perdana menteri serta ATM.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Zulkifeli berkata, kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment