Friday, April 27, 2012

Dedah akaun bank: NFCorp mahu saman Rafizi

Dedah akaun bank: NFCorp mahu saman Rafizi - Sinar Harian:


Mohd Rafizi Ramli
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - National Feedlot Corporation (NFCorp) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan sebuah bank yang didakwa membocor dan mendedahkan maklumat sulit akaun bank syarikat itu baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh mendakwa, Mohd Rafizi mengedarkan maklumat perbankan dan penilaian kredit NFCorp serta empat syarikat berkaitan iaitu National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Real Food Company Sdn Bhd dan Agroscience Industries Sdn Bhd.

Katanya, Mohd Rafizi juga didakwa mendedahkan butir peribadi pengarah dan pemegang saham syarikat tanpa keizinan mereka.

Mohd Salleh mendakwa, maklumat sulit itu diedarkan kepada wartawan dalam sidang media yang dibuat Mohd Rafizi, di Ibu Pejabat PKR, 7 Mac lalu.

“NFCorp menggesa polis dan Bank Negara untuk menyiasat perkara ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah peruntukan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia),” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Mohd Salleh berkata, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Damansara berhubung tindakan Mohd Rafizi.

Dalam pada itu katanya, beliau turut membuat laporan polis terhadap Mohd Rafizi yang didakwa membuat fitnah berhubung pembelian hartanah KL Eco City di Kuala Lumpur.

"Mohd Rafizi sengaja memperdayakan media dan orang ramai dengan memutarbelitkan fakta. Tiada sebarang pinjaman dibuat untuk pelaburan KL Eco City," katanya.

Mohd Salleh berkata, peguamnya akan mengambil tindakan terhadap Mohd Rafizi berhubung penyebaran maklumat salah terhadap NFCorp dan syarikat-syarikat berkaitan.

No comments:

Post a Comment