Saturday, May 5, 2012

Malaysia hantar 24 mayat



MATARAM, Jawa Tengah 4 Mei - Malaysia menghantar pulang mayat 24 pekerja Indonesia berasal dari Nusa Tengga Barat sejak Januari lalu, kata sebuah agensi pekerja asing Indonesia, semalam.
Agensi berita Jakarta Globe melaporkan Ketua Agensi Kebangsaan Penempatan dan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Syahrum berkata, ia termasuk mayat seorang pekerja yang tiba di kediamannya di Lombok Timur, kelmarin.
Beliau berkata, pekerja itu, Jurit maut dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.
''Daripada 24 pekerja Indonesia yang meninggal dunia di Malaysia, 17 daripadanya berpunca akibat penyakit.
''Dua lagi maut dalam kemalangan di tempat kerja dan tiga yang lain maut akibat ditembak,'' katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sejumlah besar pekerja asing yang meninggal dunia adalah akibat penyakit, mungkin menunjukkan agensi pekerja tempatan gagal melakukan pemeriksaan kesihatan dengan baik sebelum mereka dihantar ke Malaysia.
Tiga rakyat Indonesia yang ditembak mati oleh polis Malaysia pada bulan lepas adalah kerana didakwa cuba melakukan rompakan.
Kes tersebut menggemparkan Indonesia apabila timbul dakwaan organ mereka diambil, dakwaan yang dinafikan oleh Kementerian Luar Indonesia. - Agensi

No comments:

Post a Comment