Friday, June 15, 2012

Iran dan Hizbullah merupakan penyokong kuat Syria

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam kenyataan terbaru disiarkan oleh beberapa stesen televisyen Arab menuduh Iran dan Hizbullah terlibat menyokong rejim Syria. 

Persoalannya, kenapa negara haram Israel terlebih dahulu menuding jari terhadap Iran dan Hizbullah sedangkan terlalu banyak bukti sebelum ini yang mendedahkan penglibatan dua pihak ini bersama-sama Basyar? Kenapa tidak Liga Arab atau mana-mana negara Arab yang mendedahkan bukti-bukti dua 'syaitan besar' ini? 

Pihak admin melihat, ia satu perangkap. Sudah tentu jika Israel yang menuduh, tidak akan ada umat Islam yang akan mempercayainya kerana dunia Islam sudah lama dimomokkan konflik antara Israel dan Iran-Hizbullah yang dilihat blok penentang kuat Israel dan Amerika.

Jika anda membaca bahawa 'Iran, Syria dan Hizbullah' berada dalam blok anti-Amerika dan Israel, anda pasti akan terperangkap dengan permainan Israel ini.

Sememangnya Iran dan Hizbullah merupakan penyokong kuat Syria jika ia tidak didedahkan oleh Netanyahu sekalipun. Bukti sudah jelas!

No comments:

Post a Comment