Friday, June 15, 2012

MAS kena denda RM19 juta

SYDNEY 14 Jun - Mahkamah Australia hari ini mendenda Malaysian Airline System Bhd. (MAS) sebanyak A$6 juta (RM19.2 juta) untuk penetapan harga yang dikaitkan dengan kartel kargo antarabangsa.
Pengawal selia peraturan akta persaingan Australia berkata, bahagian kargo syarikat penerbangan itu telah dikenakan denda selepas mengaku bersekongkol dengan syarikat penerbangan lain untuk pelbagai perkara seperti bayaran bahan bakar, keselamatan dan kastam.
Pengakuan itu melibatkan surcaj bagi pesawat dari Indonesia antara Oktober 2001 dan Oktober 2005, dengan lapan syarikat penerbangan telah mengaku turut terlibat. - AFP

No comments:

Post a Comment