Wednesday, June 13, 2012

Kerajaan Bee end menzalimi rakyat 1m'sia..

Kerajaan Bee end menzalimi rakyat 1m'sia..

Lebih 400 murid SK Tuarid Taud belajar di bawah khemah dan kolong surau...

KENINGAU: Sebahagian daripada lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud dekat sini terpaksa menjalankan pembelajaran dan pengajaran di bawah khemah dan bawah kolong surau akibat kekurangan kelas di sekolah itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Karim Antong, berkata kekurangan kelas sekolah itu disebabkan satu blok bangunan sekolah itu terbakar pada 27 Ogos 2011 manakala satu blok lagi bangunan kini dalam keadaan usang dan disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak selamat digunakan.

“Berikutan masalah kekurangan kelas itu, pihak pengurusan sekolah terpaksa mencari alternatif mendirikan khemah dan menggunakan bawah kolong surau sebagai tempat pembelajaran dan pengajaran di sekolah itu,” kata Karim kepada New Sabah Times di sini kelmarin.

Karim berkata, keadaan ini menyebabkan kurang keselesaan dan sedikit menjejaskan prestasi murid-murid sekolah itu.

Katanya, selain bangunan sekolah yang usang, terdapat juga bangunan rumah guru yang usang yang tidak selamat digunakan.

Walau bagaimanapun katanya, rumah guru yang serentak dibina dengan sekolah pada tahun 1965 yang usang itu terpaksa didiami oleh guru.

Selain itu katanya, pagar sekolah juga sudah usang perlu dibina semula untuk keselamatan peralatan sekolah.

Justeru itu katanya, PIBG sekolah ini memohon dan merayu kepada Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia agar memberi peruntukan untuk membina bangunan baru bagi mengganti bangunan yang terbakar dan bangunan yang usang untuk keselesaan murid dan warga pendidik.

Katanya, kerajaan wajar memberi peruntukan segera untuk pembinaan bangunan baru sekolah itu bagi mengatasi masalah itu.

Tambahnya, pihak PIBG telah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah kepada pihak yang berkenaan namun sehingga kini belum ada tindakan diambil.

sumber-http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/59332

No comments:

Post a Comment