Saturday, June 16, 2012

Muhyiddin ke Perak disambut bangunan Umno Bukit Gantang disita

Muhyiddin ke Perak disambut bangunan Umno Bukit Gantang disita

http://omakkau.blogspot.com/,
16 Jun 2012
Saturday, 16 June 2012
GEMPAR PANAS PUNYA KISAH!!!... ESOK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN KE PERAK, AKAN DISAMBUT DENGAN PEMBERIAN HADIAH KISAH BANGUNAN UMNO BUKIT GANTANG DISITA SEBAB BERHUTANG LEBIH RM1.7JUTA...

Sila klik pada foto-foto untuk paparan yang lebih besar dan jelas

Esok ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang,Perak akan disambut dengan pemberian hadiah, pejabat utama Umno Bahagian disita, berikutan satu pertikaian dimahkamah.

Pada pukul 10.0 pagi semalam, 15hb Jun 2012 , JRAS Corporation telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita bangunan Umno Bukit Gantang berikutan kegagalan satu projek di Trong.
Penyitaan tersebut sepatutnya dibuat kelmarin, tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, maka ianya hanya dapat dilakukan semalam. Bailif Mahkamah Taiping telah melekatkan surat penyitaan dipintu utama bangunan tersebut.
Tidak ada kakitangan Umno Bahagian Bukit Gantang yang datang bertugas semalam kerana mereka telah mendapat tahu lebih awal dan pintu bangunan telah dikunci dari dalam. Pihak mahkamah terpaksa menggunakan khidmat tukang kunci untuk memastikan semua pintu masuk dikunci.

KALAU BANGUNAN SEBESAR ITU PUN UMNO GAGAL NAK URUS DENGAN BAIK.. IKUT HUKUM LOGIK KALAU DIBERI TERUS AMANAH UNTUK MENGURUS DAN MENTADBIR NEGARA, MAKA TIDAK HAIRAN DAN TERKEJUT NEGARA KITA BOLEH MUFLIS DAN TERGADAI.

No comments:

Post a Comment