Wednesday, June 6, 2012

Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’

Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’ - Nasional - Sinar Harian:

Rais dakwa Anwar ‘tak sayang orang Melayu’
Rais Yatim bersalam dengan peserta yang hadir di konvensyen tersebut.
SHAH ALAM – Orang Melayu digesa untuk bersatu dan memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum akan datang dalam memastikan kepentingan mereka dibela kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa "tidak sayang Melayu,sistem beraja atau budaya Melayu".

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa BN tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang Melayu.

“Jangan ikut Anwar punya ‘sifir’ kerana dia tak sayang orang Melayu. Anwar tak pernah sebut pasal keistimewaan orang Melayu, raja-raja kita atau budaya.

“Pilih BN pemimpin-pemimpin yang sayangkan bangsa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Politeknik Shah Alam di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mendakwa orang Melayu di negeri ini perlu sedar Selangor akan dikuasai kuasa asing yang ‘penghulunya’ bukan sahaja Pulau Pinang tetapi dari luar.

“Mungkin negara lain yang akan mengajar bagaimana Selangor harus ditadbir.

“Orang Melayu mesti faham siapa mereka. Malangnya, sebahagian orang Melayu tak kenal diri mereka. Mereka lebih suka Pulau Pinang diberi kepada Lim Guan Eng. Jatuhnya Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sebab orang Melayu tak kenal diri mereka,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Rais menggesa pengguna media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya menghindarkan diri daripada memfitnah sebaliknya mengkritik dan mengemukakan pandangan berasaskan fakta.

Katanya, media sosial baru itu perlu digunakan sebaik mungkin.

“Kebanyakannya sekarang berpolitik menggunakan rejaman hujah tanpa menentukan sesuatu haluan menyebabkan pihak sana tersinggung dan keluarga pun tersinggung,

“Facebook dan Twitter mesti digunakan sebaik mungkin dengan menhindarkan diri daripada memfitnah sesama sendiri dan orang lain. Kritik dan kemukakan pandangan berasaskan fakta,” katanya.

No comments:

Post a Comment