Wednesday, June 20, 2012

Tutup sempadan: Shura dan Mapim kecam Bangladesh...

Tutup sempadan: Shura dan Mapim kecam Bangladesh...

KUALA LUMPUR: NGO Islam, Shura dan Mapim mengecam sikap tidak berperikemanusiaan keraJaan Bangladesh yang menyekat pelarian Rohingya untuk menyelamatkan diri masuk ke sempadan Bangladesh.

Ini kerana, etnik Rohingya yang beragama Islam yang menjadi mangsa keganasan oleh pihak keselamatan dan etnik Rakhine di Arakan, Myanmar tidak punya pilihan selain melarikan diri ke Bangladesh.

Sehingga semalam UNHCR telah mengesa agar sempadan Bangladesh dan Myanmar di buka untuk menyelamatkan nyawa etnik Rohingya yang sedang menghadapi genocide yang diancarkan ke atas mereka.

Mengikut UNHCR, terdapat bukti yang kuat bahawa keadaan keganasan yang dilakukan oleh etnik Rakhine dan polis ke atas etnik Rohingya Muslim sangat jelas dan kejam.

"Kami tidak faham kenapa kerajaan Bangladesh tidak mengambilkira keadaan orang Rohingya yang tidak punya pilihan melainkan melarikan diri ke negara yang terdekat," kata Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin .

Mengikut UNHCR, seramai lebih 30,000 pelarian Rohingya sudah keluar dari kampung mereka yang telah diserang dan dibakar.

Keadaan setakat ini tdak menunjukkan keganasan akan reda. Oleh itu tidak ada sebab sempadan ditutup oleh Bangladesh, kata Abdul Ghani.

Katanya, pihak berkuasa Bangladesh sudah tentu tahu keadaan hidup mati yang sedang dihadapi oleh warga Rohingya.

"Kenapakah keselamatan Bangladesh mengambil tindakan yamg sama zalim dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar?" soal beliau.

SHURA dan MAPIM, katanya, mengutuk sikap Bangladesh yang tidak menunjukkan sikap persaudaraan yang sepatutnya dengan saudara seagama yang ditindas.

"Malah kami mengecam sekerasnya tindakan pihak keselamatan Bangladesh menghalau bot yang dimuat pelarian yang terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua serta mereka yang cedera akibat ditembak," katanya.

Keadaan yang sangat meruncing ialah apabila pelarian tersepit di tengah-tengah dua pihak yang sama-sama zalim.

Amat malang, katanya, jika negara anggota OIC terus menonton tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamat nyawa etnik Rohingya Muslim yang berhadapan keadaan yang genting.

"Kami menuntut Bangladesh membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada pelarian.

"OIC juga perlu campur tangan kerana keadaan sudah terlalu parah bila dalam tempuh 2 minggu sejak rusuhan berlaku, lebih 2000 warga Rohingya telah dibunuh dengan kejam," katanya lagi.HD

No comments:

Post a Comment