Wednesday, June 20, 2012

Utusan Malaysia berniat jahat dan menyebarkan dakwaan yang bohong-Husam

Utusan Malaysia berniat jahat dan menyebarkan dakwaan yang bohong-Husam

Husam menyerahkan kepada KGT untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Utusan dan bloggers berkenaan. "Sebelum ini saya sudah dua kali menang dalam kes saman terhadap akhbar terbabit. Sebenarnya saya sudah lama tidak baca Utusan kerana mutu pemberitaannya. Keseluruhan dakwaan Utusan itu adalah berniat jahat. "Seratus peratus karut, tidak ada satu pun fakta, ia hanya tujuan jahat dengan niat jahat terhadap saya dan kepada Dinar serta Driham yang sekarang mendapat sambutan hangat,"katanya.

Menurutnya pihak terbabit cuba menghancurkan apa yang telah kita bina di mana Dinar dan Dirham mendapat sambutan meluas dan berkembang dengan cepat sekali. Ditanya mengenai laporan polis terhadap pegawai KGT, Husam berkata, sehingga hari ini tidak ada mana-mana pegawai di syarikat berkenaan diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan. "Saya mencabar Utusan dan blogger terbabit menamakan pegawai yang dikatakan menyeleweng dalam KGT.

Mungkinkah tindakan mereka itu sebagai salah satu cara untuk mengelakkan disaman sehingga nama orang berkenaan tidak disebut secara jelas. "Dan orang yang dikatakan membuat laporan polis itu pun tidak pernah berurusan dengan KGT. Saya meminta mereka menyatakan bukti yang jelas," katanya
 

No comments:

Post a Comment