Thursday, June 14, 2012

Wanita buruan agensi antirasuah pulang untuk menyerah diri

JAKARTA: Suspek kes rasuah membabitkan projek stesen jana kuasa elektrik solar menyerah diri kepada Suruhanjaya Antirasuah Indonesia, semalam.
Neneng Sri Wahyuni yang dikaitkan dengan skandal di bawah Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi itu tiba di pejabat agensi berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Puluhan petugas media berkumpul di situ untuk merakamkan kedatangan Neneng seolah-olah dia seorang selebriti.
Bagaimanapun, jurugambar gagal merakam wajah wanita terbabit kerana dia melindungi mukanya dengan kain tudung.

Kedatangan Neneng diiringi pegawai penyiasat agensi terbabit.

Peguam Neneng, Junimart Girsang, berkata wanita itu kembali ke Indonesia dari Kuala Lumpur kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
“Dia kembali atas inisiatif sendiri,” katanya. Neneng adalah isteri bekas pemimpin kanan Parti Demokrat, Muhammad Nazaruddin, yang turut dikaitkan dengan skandal rasuah. - JP

No comments:

Post a Comment