Wednesday, July 25, 2012

145 KORBAN JUMAAT PERTAMA RAMADHAN DI SYRIA



Sumber pembangkang Syria melaporkan seramai 145 orang awam menjadi korban di seluruh negara pada hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan, kebanyakan mangsa terbunuh di ibu negara Damsyik dan pinggirnya. Mereka menamakan Jumaat semalam sebagai "Jumaat Ramadhan Pertolongan". 

Syria dan kebanyakan negara Arab mula berpuasa pada hari Jumaat 20 Julai. 

Sementara Jaringan Hak Asasi Manusia mencatatkan kematian Jumaat semalam mengikut wilayah:
-Halab: 25 orang
-Idlib: 23 orang
-Dar'a: 20 orang
-Dir Az-Zur: 16 orang
-Hamah: 11 orang
-Homs: 10 orang
-Damsyik: 38 orang 

Mengikut aktivis revolusi, sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh di kawasan Sayidah Zainab, di Timur Barat Damsyik selepas helikopter milik tentera rejim melepaskan peluru berpandu ke kawasan kediaman penduduk.

No comments:

Post a Comment