Sunday, July 8, 2012

Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri sertai PAS ..

Alhamdulillah...semakin ramai yang sedar....Kalau kita ikuti kisah rampasan Perak kita mesti biasa terdengar nama Abdullah Antong Sabri, masa tu Setiausaha DUN Perak, tiba-tiba jadi popular kerana mengambil tindakan yang tidak popular. 

Dia popular kerana enggan membenarkan DUN bersidang seperti yang dikehendaki oleh bossnya, Speaker DUN Perak, Sivakumar. Kemudian dia popular lagi kerana memanggil DUN bersidang tanpa berunding terlebih dahulu dengan Sivakumar.

Tindakan Abdullah membelakangkan bossnya sendiri kelihatan sesuatu yang ganjil dan luar biasa kerana ia bukan budaya PTD yang lazimnya sentiasa mematuhi arahan boss di atasnya.

Dan dia juga telah digantung oleh speaker Perak pada masa itu iaitu V. Sivakumar.

TERKINI!!! Bekas Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri sertai PAS ..... Abdullah Antong Sabri mengishtiharkan dirinya memilih PAS sebagai wadah perjuangan politiknya.

No comments:

Post a Comment