Tuesday, July 10, 2012

Kesesatan syiah

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

Terjemahan

Al-Kulaini: Kitab Al-Kafi Hanya Mengandungi Riwayat Sahih Sahaja

Saya berkata: Sesungguhnya anda ingin mempunyai sebuah kitab yang lengkap yang terhimpun di dalamnya semua bidang ilmu agama (Islam) yang memadai bagi seseorang pelajar, yang menjadi rujukan bagi pencari hidayah dan orang yang ingin kepada ilmu agama serta mahu beramal dengannya boleh mengambil daripadanya melalui riwayat-riwayat yang sahih dari orang-orang yang benar a.s. (imam-imam Ahl al-Bait) dan (mengandungi) sunnah yang diyakini yang boleh diamalkan serta (dengan athar-athar ini) boleh dilaksanakan segala kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah ‘azza wa jalla dan sunnah nabi-Nya s.a.w. dan keluarganya. Dan aku katakan: “Jika demikian, aku harapkan ia (kitab) ini menjadi sebab untuk Allah memberikan pertolongan dan taufiq-Nya kepada saudara-saudara kita dan penganut ajaran kita serta memberikan petunjuk kepada mereka”.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini Mukaddimah al-Usul min al-Kafi Jil. 1 hal. 8)

Kesimpulan:

> Al-Kulaini, pengarang kitab al-Kafi sendiri menolak dakwaan pendokong Syi’ah yang membahagikan riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitabnya kepada lima iaitu sahih, muwathhaq, qawi, hasan dan dha’if.

> Kitab al-Kafi sudah memadai kepada penganut Syi’ah dalam pelbagai bidang ilmu agama mereka.

(Nota: Kitab al-Kafi adalah merupakan rujukan utama penganut Syi’ah di mana mereka mengambil ajaran-ajaran dari kitab ini sebagai pegangan agama mereka. Kitab ini adalah setaraf dengan kitab Sahih Bukhari di sisi Ahl as-Sunnah wal-Jamaah)

No comments:

Post a Comment