Tuesday, July 10, 2012

Syi’ah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah

PERHATIAN : INI ADALAH KARANGAN SYIAH...JANGAN DIAMBIL SEBAGAI PANDUAN.!!!!

Terjemahan

Syi’ah: Imam Mahdi Bila Dibangkitkan Akan Memenggal Ahl As-Sunnah

Daripada Salam bin al-Mustanir katanya, saya mendengar Abu Ja’far (Muhammad al-Baqir) a.s. meriwayatkan apabila al-Qaim (al-Mahdi) bangkit, dia akan mengemukakan keimanan[1] kepada setiap Nasibi. Jikalau dia (Nasibi[2]) benar-benar menerimanya (maka ia akan selamat) dan jika tidak al-Qaim akan memenggal lehernya atau dia memberikan jizyah[3] sebagaimana ahli zimmi memberikan jizyah (kepada kerajaan Islam) pada hari ini. Dia (al-Mahdi) akan mengikat di tengahnya (pinggang) talipinggang[4] dan akan mengeluarkan mereka dari bandar-bandar ke perkampungan-perkampungan.

(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 227)

Kesimpulan:

# Syi’ah mempercayai bahawa imam Mahdi mereka bila dibangkitkan akan membunuh Ahl as-Sunnah jika enggan menerima ajaran Syi’ah.

# Syi’ah beri’tiqad bahawa Ahl as-Sunnah adalah kafir dan bukan dari kalangan penganut agama Islam. Kerana itu Ahl as-Sunnah mesti membayar jizyah kepada pemerintah Syi’ah sebagai tanda mereka adalah kafir yang bersedia untuk menerima sistem pemerintahan Syi’ah.

# Syi’ah mengatakan bila al-Mahdi muncul atau kekuasaan berada di tangan Syi’ah maka Ahl as-Sunnah akan dipinggirkan ke hujung-hujung negeri dan akan disisihkan mereka dari sebarang kemajuan.

=================

[1] Mengikut fahaman Syi’ah.

[2] Nasibi adalah gelaran yang diberikan oleh Syi’ah kepada Ahl as-Sunnah kerana nasibi bermaksud orang yang tidak menerima imamah Ahl al-Bait sebagaimana pegangan golongan Syi’ah.

[3] Ali Akbar al-Ghifari di dalam ta’liqnya kepada al-Kafi mengatakan boleh jadi penerimaan jizyah ini berlaku pada permulaan kebangkitan al-Mahdi kerana berdasarkan riwayat-riwayat yang lain menunjukkan tidak diterima daripada Nasibi atau Ahl as-Sunnah kecuali diberi pilihan sama ada beriman sebagaimana Syi’ah atau dibunuh.

[4] Sebagai tanda ahli zimmah dan bukan seorang Syi’ah.
 

No comments:

Post a Comment