Sunday, July 29, 2012

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pemerintah Saudi, Raja Abdullah bin Abdul 'Aziz melancarkan tabung bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Pemerintah Saudi, Raja Abdullah bin Abdul 'Aziz melancarkan tabung bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria pada hari Isnin, 23 Julai lalu dan tabung ini berterusan menerima sumbangan rakyat Saudi selama 5 hari yang berakhir hari ini, Jumaat. 

Menurut laporan Islammemo.cc, pada hari ketiga, sumbangan yang berjaya dikumpulkan sebanyak 204 juta Riyal Saudi, tidak termasuk sumbangan ubat-ubatan, kumpulan doktor-doktor perubatan yang menjadi sukarelawan, pakaian, khemah, bantal dan selimut.

Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Ahmed bin Abdul Aziz yang dilantik sebagai Pemantau "Kempen Kebangsaan Saudi bagi Bantuan Saudara-saudara di Syria" berkata, selepas tempoh sumbangan ini berakhir, pihaknya masih menerima segala sumbangan untuk disalurkan kepada penduduk Syria. Pihaknya turut menerima sumbangan emas, kereta dan villa yang disumbangkan oleh warga tempatan.
 

No comments:

Post a Comment