Sunday, July 29, 2012

Situasi umat Islam di Myanmar semakin kritikal

Kebanyakan masjid di Malaysia mengadakan demonstrasi aman membantah kekejaman terhadap umat Islam di Myanmar. 

Situasi umat Islam di Myanmar semakin kritikal setelah dilaporkan, mereka dibunuh tanpa belas kasihan. Menurut laporan Islammmemo.cc, umat Islam di sana tidak berpeluang untuk mengebumikan mayat-mayat saudara mereka keadaan jumlah kematian terlalu ramai setiap hari. Selain itu, jumlah kematian kanak-kanak pula tidak dapat dihitung dan mayat kanak-kanak dicampak ke sungai "seperti membaling batu" kerana terlalu ramai yang dibunuh.

Lebih menyedihkan, ada antara mangsa yang berjaya menyelamatkan diri menceritakan, mereka sudah tidak mempunyai makanan hingga terpaksa memakan batang pokok-pokok pisang bagi mengelakkan kebuluran.

No comments:

Post a Comment