Friday, August 31, 2012

Ambil iktibar kes Sri Wani




         
KUALA LUMPUR: Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berharap semua pihak mengambil iktibar terhadap kes Sri Wani supaya mengelakkan daripada membawa kes boleh mengaibkan isteri.

Menurutnya, kes yang mengaibkan secara keterlaluan akan memberi kesan psikologi yang amat mendalam sehingga mendorong pihak yang tertekan keluar dari agama Islam.


“Undang-undang keluarga Islam sudah menggariskan kaedah yang cukup budiman sekiranya seorang suami mahu memutuskan ikatan perkahwinan bermula daripada proses sulh (rundingan) sehinggalah permohonan perceraian secara baik.

“Justeru, tidak ada sebab untuk mana-mana suami mengemukakan alasan perceraian yang boleh mengaibkan pihak isteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment