Wednesday, August 1, 2012

Dilema peniaga melayu malaysia.



Aku tengok ramai gak orang2 melayu cam menyampah sangat pada peniaga2 melayu sebab ;

Faktor harga ==> MAHAL.

Sebenarnya pernah tak korang selidik kenapa peniaga2 kecil melayu neh menjual harga mereka mahal dalam rm2,3 berbanding peniaga2 cina?

- kos. 

Harga dapat dorang lebih tinggi berbanding peniaga cina. Aku cakap neh pasal aku dah masuk circle neh. Aku boleh je bawa korang g chowkit untuk korang saksikan sendiri realitinya beb.

- modal.

Modal kecik. Kadang2 bila amek banyak, harga sampai dia lebih rendah, tapi disebabkan tiada modal mereka terpaksa amek sikit2 dan jual.

Sebenarnya geng, ini lah antara yang aku sering dengar dari rakan2 aku. Mostly customer2 melayu takmo membeli kat kedai melayu sebab singgit- 5 ringgit punya pasal. AKu tahu jek singgit pun duit, rm5 pun duit, tapi rm5 = beli kat kedai orang muslim, orang muslim = bayar zakat = bagi makan anak miskin.

Ada juga peniaga2 melayu yang memang teruk perangai dia. Tapi kemon, sikap segilintir sesetengah peniaga jangan dicampak pada seme peniaga dan apakah ko ada bukti bahawa sikap2 peniaga lain lebih baik?

Ikut dari pengalaman aku, seme peniaga sebenarnya sama cuma terserah kepada kita camne kita uruskan pembelian kita geng. Aku lupa nak share pengalaman aku makan mee udang mak jah. Ingat tak dulu aku ada update pasal isu tersebut?

Last2 aku buat keputusan untuk taste sendiri kat kedai tue. Ketika order, aku tanya makcik tue kalau tak sedap aku akan kutuk dan komplain habis2an tanpa kompromi. Sorry makcik, jangan nak terasa plak.

Then, tah macam mana, memang mee udang makcik tue tak berapa sedap tetapi kowtiaw dia sedap. Mee udang tue rasa dia aku tak gemar tapi takde lah teruk sangat sepertimana yang aku baca di internet. Maybe lain situasi, lain tangan, lain hari, lain tukang masak kot.

Kesimpulan yang aku nak tonjolkan disini ialah aku lupa nak share pasal mee udang makjah tue geng. Dah sambung balik topic asal.

kah kah kah

Kesatuan peniaga2 cina neh kuat geng. Sangat kuat bahkan adalah amat wajar ditiru oleh peniaga2 melayu. Tetapi apa yang menyebabkan peniaga2 melayu neh tak sekuat peniaga2 cina? RASUAH. Yup. RASUAH adalah faktor utama dan yang kedua ialah nak kerja senang.

Kadang2, bukan seme salah kerajaan negeri or kerajaan pusat geng. Contohnya orang dah bagi ko lesen + kedai untuk ko jalankan perniagaan. Tapi apa yang ko buat? Ko pergi sewa kat peniaga cina. Padahal tapak2 tue khusus untuk peniaga bumiputera jek. Owh nooo.. kerajaan da bagi ko peluang tapi ko salah guna. 

Lepas tue bila ahli majlis dah perasan ko jual tapak, ko rasuah dia. So dengan ahli2 majlis bersetongkol dengan kerja jahat yang ko buat. Lepas tue bila ada orang komplain, ko cakap kita dengki. Kemon, nak berniaga buat lah betul2. Ikutlah peraturan. 

Dan bila ahli majlis tengok owhh ini rupanya cara nak cari duit lebih. So depa pun agihkan tapak2 kat orang2 yang boleh memberikan mereka imbuhan. So akhirnya peniaga2 melayu yang betul2 nak meniaga tak terbela. Apa citer neh geng? Kat mana tempat, masa dan individu yang boleh dirujuk untuk melaporkan salah laku ahli2 majlis kita? TAKDAK!!!

Tak percaya cakap aku geng? G larh pasar malam. G lar pasar pagi. Dan ada member cakap sekarang di bazaar ramadhan pun ada. BANGLA meniaga, indonesia jangan ko cakap geng. Myammar pun sama jangan ko cakap geng. Tapi sekarang bangla pun dah boleh meniaga geng. Bila masa tah bangla pun boleh mohon lesen penjaja aku pun taktau ar geng. Yang aku tahu aku dah semak fikir camne arh nak tolong peniaga2 kecil yang benar2 mahu berniaga dengan aman tanpa ditindas, tanpa dirasuah dan juga tanpa dibuli.

No comments:

Post a Comment