Monday, September 3, 2012

Paksa suami cerai



Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com.my
         
KUALA TERENGGANU: Kerana menyedari suami menghidap penyakit buah pinggang, seorang isteri bukan saja tergamak meninggalkan lelaki itu dalam kesakitan, tetapi sanggup memaksa lelaki berkenaan menceraikannya ketika dia dalam perjalanan pulang ke negara asalnya, Myanmar.

Tindakan tidak berperikemanusiaan wanita terbabit yang dilakukan pada 2009 lalu menyebabkan dua anak perempuannya, Siti Amirah Ghazali, 21, dan Siti Puspawani, 18, menanggung kesusahan serta penderitaan yang ditanggung bapa, Ghazali Abdullah, 55, termasuk mengabaikan alam persekolahan demi menjaga ayah tercinta.
“Kami berkorban apa saja demi ayah. Biarlah ibu sanggup meninggalkan ayah, tetapi kami tidak akan meninggalkannya dan menjaga ayah hingga ke akhir hayatnya,” kata Siti Amirah.

Menurutnya, selepas setahun meninggalkan rumah, dia menerima berita gembira apabila mendapat tahu ibunya, Nurul Islamiah Abdullah, 40, kembali ke negeri ini pada 2010 dan mengharapkan kepulangan wanita berkenaan dapat menjaga bapa yang kini semakin uzur selain melepaskan kerinduan terhadap wanita itu.

No comments:

Post a Comment