Thursday, September 20, 2012

Taliban dakwa berjaya ubah strategi Nato

KABUL: Taliban semalam menyambut baik keputusan Nato untuk menghentikan operasi bersama dengan pasukan keselamatan Afghanistan.
Ia menyifatkannya perkembangan itu sebagai permulaan kepada kekalahan menyeluruh Nato di negara berkenaan.

Pasukan Bantuan Antarabangsa (ISAF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS) sebelum ini mengemukakan perubahan dalam strategi mereka selepas beberapa tentera Barat ditembak mati oleh rakan tempatan mereka di samping tindak balas terhadap filem anti-Islam yang diterbitkan di AS.

“Ini adalah hasil operasi dan taktik mujahidin sehingga memaksa pihak musuh membatalkan rancangan mereka. Ia adalah kemenangan mujahidin yang berjaya mencetuskan keraguan di kalangan tentera musuh.

“Insya Allah, ini adalah permulaan kepada kekalahan menyeluruh mereka,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed menerusi telefon. - AFP

No comments:

Post a Comment