BANDAR RAYA KUWAIT - Amir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah telah mengarahkan agar sistem pilihan raya di negara Teluk Arab itu diubah untuk membaiki kekurangan bagi berhadapan pilihan raya dalam masa terdekat berikutan ancaman pihak pembangkang mahu memulau proses pengundian.

"Saya telah mengarahkan kerajaan untuk mengeluarkan draf undang-undang untuk membuat pindaan terhadap sistem pilihan raya ini.
“Langkah ini bertujuan meningkatkan mekanisme pengundian untuk mengekalkan perpaduan nasional dan mengukuhkan amalan demokrasi," katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan, semalam.
Sementara itu, minggu lalu, Sheikh Sabah telah membubarkan Parlimen bagi membuka jalan untuk pilihan raya baru.

Di sebalik pembubaran Parlimen, ramai berharap kemelut politik yang berterusan berikutan projek-projek pembangunan dan pengeluaran minyak utama membabitkan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) itu segera berakhir.

Pembangkang, yang memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya Februari lalu berkata, mereka bimbang pihak berkuasa akan cuba menolak saranan itu melalui peraturan undi baru, dijangka dapat membantu calon-calon yang prokerajaan.

Dalam pada itu, Sheikh Sabah berkata, Mahkamah Perlembagaan Kuwait telah mengeluarkan arahan untuk melaksanakan sebarang perubahan yang perlu dibuat ke atas sistem pilihan raya,