GAZA - Amir Qatar akan menjadi ketua negara pertama memasuki Semenanjung Gaza esok,  sejak ia dikepung dan menjadikan lawatan tersebut sebagai satu lawatan berprofil tinggi sejak Hamas, yang disokong Iran, disisihkan pada 2007.

Sheik Hamad Khalifa al-Thani  akan menjadi pemimpin asing pertama untuk pergi ke Gaza di bawah pemerintahan Hamas, yang diharamkan oleh Israel dan Barat atas alasan ia organisasi pengganas.

Amir yang pro-Barat  dijadualkan melawat beberapa wilayah kecil di Palestin untuk merasmikan projek-projek pembinaan semula bernilai lebih AS$250 juta (RM763.5 juta).

Beliau yang juga seorang utusan emiriah yang kaya dengan minyak dari negara Arab konservatif mengumumkan mengenai lawatannya itu di Gaza minggu lalu, tetapi perjalanan beliau itu dikatakan bermotifkan politik.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, dari Hamas, mengeluarkan kenyataan mengesahkan lawatan tersebut dan menggesa “orang kita memberikan layanan baik dan mengalu-alukan kunjungan orang besar di Gaza.”

Dalam masa sama, faktor keselamatan diperketatkan terutamanya di tempat-tempat beliau dijangka singgah, bermula dari sempadan tanah Mesir melintasi Rafah kerana Gaza berada di bawah sekatan separa oleh Israel dan Mesir dan tidak mempunyai lapangan terbang atau pelabuhan.

Tiga minggu lalu, Gaza telah rosak teruk berikutan serangan yang dilancarkan oleh Israel di selatan Israel dan mencatatkan sebagai serangan terburuk berbanding serangan pada 2008 sehingga 2009.

Dalam kejadian itu, roket yang disasarkan itu telah membunuh lebih 1,300 rakyat Palestin dan 13 rakyat Israel.