Monday, November 26, 2012

Mesyuarat pemimpin pembangkang Syria semalam telah sepakat melantik Syaikh Muaz al-Khatib sebagai Presiden "Gabungan Kuasa-Kuasa Revolusi dan Pakatan Pembangkang Syria".

Mesyuarat pemimpin pembangkang Syria semalam telah sepakat melantik Syaikh Muaz al-Khatib sebagai Presiden "Gabungan Kuasa-Kuasa Revolusi dan Pakatan Pembangkang Syria".

Mesyuarat tersebut yang diadakan di Doha semalam adalah untuk menyatukan semua pembangkang-pembangkang Syria dan sebagai persediaan untuk membentuk kerajaan Syria selepas kejatuhan rejim Basyar. Ia juga bertujuan mende
sak kuasa-kuasa luar agar memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat Syria.

Gabungan tersebut banyak melakukan usaha-usaha ke arah menggulingkan rejim Basyar melalui gerak kerja yang dilakukan hasil pakatan pembangkang negara Syria.

Syaikh Ahmed Muaz Khatib Al-Hasani dilahirkan di Dimasyq pada 1960 dan merupakan anak kepada seorang ulama' Syria, Syaikh Muhammad Abu Al-Farj Al-Khatib. Beliau merupakan ulama' dan bekas imam Masjid Umawi yang begitu ditakuti oleh rejim Basyar. Merupakan seorang pakar Geofizik dan undang-undang Instisusi Syaikh Badr Al-Din Al-Hasani.

Pernah memimpin persatuan Geologi Syria dan Persatuan Sains Psikologi Syria. Beliau pernah ditangkap beberapa kali sekitar tahun 2011 dan 2012 dalam usaha beliau untuk menggulingkan rejim Basyar.

Perkembangan ini pasti akan merungsingkan rejim Basyar.

Nota : Kami pernah menyiarkan berita tentang penangkapan beliau sebelum ini.

No comments:

Post a Comment