Friday, November 2, 2012

Hakim Indonesia diwajib jalani ujian dadah secara rawak




          
JAKARTA: Badan Narkotika Nasional (BNN) akan melakukan ujian dadah secara rawak terhadap hakim di seluruh negara mengikut perjanjian yang ditandatangani bersama Komisi Yudisial (KY) semalam.

Ujian dadah wajib secara rawak itu perlu sebagai tindakan terhadap penggunaan dadah oleh pengamal undang-undang, kata Pengerusi KY, Erman Suparman. Dia menjelaskan bilangan hakim yang ketagihan dadah dan seterusnya mempengaruhi keputusan buruk diberikan sebagai ‘membimbangkan’.


“Kami menerima laporan mengejutkan mengenai hakim yang mempunyai masalah ketagihan dadah. Perjanjian dengan BNN adalah sebahagian usaha kami untuk mengekalkan maruah sistem kehakiman,” katanya selepas menandatangani perjanjian di Jakarta itu.

Awal bulan lalu, BNN menahan Hakim Mahkamah Daerah Bekasi, Puji Wijayanto sedang berparti dadah dalam sebuah bilik karaoke di Hotel dan Kelab Illigals di Jakarta Barat, dekat kawasan pelacuran terkenal di bandar raya itu.


Ejen BNN menahan Puji dan pendakwa raya Siddiq Pramono serta Musli Musa’ad yang turut ditemani empat pelayan. Sebanyak 0.4 gram pil ecstasy dan serbuk methamphetamine dimiliki Puji turut dirampas. BNN mendakwa Puji menggunakan serbuk meth dan ecstasy sejak pelantikannya di Mahkamah Daerah Jayapura di Papua pada 2010.


Susulan penahanan itu, KY mendedahkan pihaknya masih menyiasat 10 lagi hakim yang terbabit dengan kes dadah di Jawa dan Sumatera. - tempo.com

No comments:

Post a Comment