Sunday, November 11, 2012

Israel kekal negara dipandang 'amat negatif'

LONDON - Israel kekal menjadi salah satu negara di dunia paling negatif dari segi persepsi masyarakat antarabangsa, lebih-lebih lagi di Eropah, negara-negara Islam dan rantau Asia.
Menurut BBC Country Poll, majoriti 17 daripada 22 negara meletakkan Israel dalam kategori itu dengan sedikit peningkatan berbanding 2012.
Kira-kira 24,090 orang seluruh dunia mengambil bahagian dalam kajian kali ini.
Seramai 50 peratus responden setuju negara Yahudi itu setanding negatif dengan Korea Utara dan hanya di belakang Iran (55 peratus) dan Pakistan (51 peratus).
Hanya majoriti di Amerika Syarikat, Nigeria dan Kenya melihat Israel secara positif.
Mereka menilai Israel mempunyai pengaruh negatif kerana dasar luar negara itu yang amat buruk dan kebanyakan yang mengaitkan dengan ciri negatif hanya merujuk kepada budaya dan tradisi negara Yahudi itu.
Di negara-negara Kesatuan Eropah (EU), persepsi negatif Israel meningkat, di Sepanyol (74 peratus) dan Perancis (65 peratus). Di Jerman dan Britain, persepsi kekal seperti tahun 2011, pada 69 peratus dan 68 peratus.
Di kalangan penduduk negara Islam, Mesir mempunyai pandangan yang paling negatif terhadap negara Yahudi itu dengan 85 peratus memihak soalan berkenaan.
Responden negara itu mempunyai pandangan yang paling negatif berbanding dengan 22 negara yang mengambil bahagian.
Australia dan Kanada juga mempunyai pandangan pesimis yang tinggi  terhadap Israel iaitu kira-kira  65 peratus dan 59 peratus.

No comments:

Post a Comment