Tuesday, November 13, 2012

Kanak-kanak Afghan: Askar AS tembak bapa di leher, dada

WASHINGTON – Seorang kanak-kanak Afghanistan yang baru berusia tujuh tahun tampil ke mahkamah memberikan keterangan sebagai saksi tentang bagaimana bapanya ditembak oleh seorang tentera Amerika Syarikat (AS), semalam.
 
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Robina berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembunyi di belakang bapanya hingga menyebabkan bapanya ditembak mati ketika serangan tembakan di selatan Afganistan.
 
Kes didengar oleh Mahkamah Lewis-McChord berhampiran Tacoma melalui satelit.
 
Keterangan kanak-kanak itu dibuat bagi menentukan jika terdapat bukti mencukupi untuk menjatuhkan hukuman terhadap Staff Sarjan, Robert Bales.
 
Bales dikenakan 16 tuduhan - pembunuhan terancang dan enam lagi tuduhan cubaan membunuh pada 11 Mac lalu di dua kampung daerah Panjwai,  selatan Afganistan.
 
Hasil pendengaran akan menentukan sama ada Bales, 39, didapati bersalah ataupun tidak.
 
Jika didapati bersalah Bales boleh dijatuhi hukuman mati.
 
Bales bagaimanapun tidak dibenarkan membuat sebarang rayuan walaupun peguamnya berkata dia mengalami tekanan pasca traumatik dan mengalami kecederaan otak sebelum ke Iraq.
 
Sementara itu, peguam Bales mendakwa, Robina dan kanak-kanak lain yang memberikan keterangan terhadap Bales memperlihatkan percanggahan dalam testimoni mereka.
 
Menurut Robina, ketika kejadian, bapanya ditembak di kaki kemudian ditembak di tekak dan dada.
 
Malah kata Robina, salah satu tembakan itu turut mengenai kakinya.

No comments:

Post a Comment