Monday, November 12, 2012

Seteru Bashar setuju pelan bersatu



 
Damsyik: Kumpulan pembangkang Syria bersetuju untuk bersatu menentang Presiden Bashar al-Assad semalam dalam rundingan di Doha, Qatar.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan berlangsung selama 12 jam dan selepas menerima tekanan negara Barat.
Rancangan itu menetapkan pembentukan kerajaan sementara, majlis tentera untuk menguruskan tindakan anggota bersenjata dan satu badan kehakiman yang beroperasi di kawasan kawalan pemberontak.

Bunuh diri

Ia dicapai ketika askar kerajaan Syria dikejutkan dengan dua kenderaan penyerang bunuh diri meletup di bandar Daraa, pusat pemberontakan sejak 20 bulan lalu.

“Kami bersetuju membentuk pakatan kebangsaan menggabungkan pembangkang dan melancarkan revolusi.

“Kami akan terus berbincang mengenainya,” kata anggota pembangkang, Suhair Atassi.
“Kami hampir menandatanganinya tetapi lebih suka beri lebih banyak masa untuk mengkaji peraturan atas permintaan pihak tertentu,” kata seorang delegasi Riad Seif yang berpotensi menjadi ketua majlis berkenaan.

Di Damsyik, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi menggesa satu dialog kebangsaan diadakan dan tentera sedang berusaha mencederakan peluang mengadakan mesyuarat.

“Satu-satunya cara berjaya di Syria ialah duduk dan umum pelancaran dialog,” kata Zohbi.

“Pembangkang juga perlu terima dialog adalah satu daripada pilihan. Pihak tentera melindungi dialog ini,” kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.

Sementara itu, tentera menawan semula satu laluan di Damsyik dan Aleppo yang biasa digunakan untuk menghantar askar tambahan. Tentera Syria secara beransur-ansur menawan beberapa kampung sejak 10 hari lalu. - AF

No comments:

Post a Comment