Monday, November 12, 2012

Teman wanita, telefon antara punca nahas



 
Raipur: Ketua Menteri Chhattisgarh, Raman Singh, kelmarin mencetuskan kontroversi apabila menyalahkan teman wanita, motosikal dan telefon bimbit sebagai punca peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negeri itu.

Bercakap pada seminar Keselamatan Jalan Raya di sebuah institut perubatan, beliau meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan bilangan belia yang maut dalam kemalangan.
“Jika ada motosikal, telefon bimbit dan teman wanita yang baik, risiko kemalangan jalan raya berlaku adalah lebih tinggi,” katanya. Beliau berkata hampir 55 hingga 60 peratus mangsa kemalangan adalah belia.

“Sudah menjadi perkara biasa melihat golongan muda menunggang motosikal sambil bercakap di telefon bimbit yang kerap menyebabkan kemalangan. Belia perlu mengelakkan tabiat itu,” kata Singh.

Beliau juga kesal kerana orang ramai sanggup memperuntukkan beribu rupee untuk membeli motosikal tetapi enggan membeli topi keledar yang cuma berharga beberapa ratus rupee. - Agensi

No comments:

Post a Comment