Saturday, November 17, 2012

TERKINI! Pejabat PM Palestin Dibom Rejim Israel!



Ini maklumat terbaru berhubung serangan tentera rejim Israel!

Pejabat perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebentar tadi telah dibom tentera rejim Israel laknatullah yang terus melancarkan serangan yang masuk hari keempat berturut-turut.

Pejabat itu juga menempatkan ibu pejabat operasi Hamas, pemerintah Palestin sejak memenangi pilihanraya pada 2007.

Difahamkan Ismail tidak berada di pejabatnya ketika serangan menggila itu dilancar menggunakan roket jarak jauh.

Semalam, roket tentera rejim hampir mengenai kediaman Ismail kurang 30 meter dari kawasan rumahnya menyebabkan penjana elektrik bergerak meletup tetapi tiada yang cedera.

Roket tersebut dilancarkan dari laut menggunakan kapal perang yang sudah bersiap sedia menunggu arahan untuk dilepaskan.

Ketika ini, pejabat Ismail dibedil teruk dan kerosakan yang dilihat setakat ini sangat membimbangkan.

Setakat ini, lebih 36 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam serangan bertali arus rejim yang diketuai perdana menterinya, Benjamin Netanyahu.

Semalam, pejuang Al Qassam menggempur pejabat Netanyahu dan parlimen Israel, Knesset menyebabkan seluruh ahli parlimen rejim lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing dengan berlindung di bawah kubu kebal yang dibina khas sekiranya berlaku serangandi semenanjung tanah Palestin itu.

Sementara itu, Presiden Mesir, Muhammad Mursi akan bergerak ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan tentera negara itu membantu pejuang Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Israel pula meluluskan usul menggempur kesemua tanah milik rakyat Palestin dengan mengarahkan 75 ribu tentera rejim bersiap sedia untuk mara ke selatan dari Tebing Barat.

Laporan terkini menyebut, keadaan kini kelam kabut dengan beberapa lagi nyawa melayang akibat serangan yang dilancarkan ke atas pejabat Ismail sebentar tadi.

Seorang ahli parlimen rejim menyatakan bahawa Ismail mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun, menunjukkan bahawa rejim sudah tidak berminat dengan perjanjian damai tajaan Washington yang kini menyokong Israel melancarkan serangan kunun bagi mempertahankan negara haram itu.

Perang terbaru ini meningkatkan ketegangan di Semenanjung Arab termasuk di Syria yang terang-terang disokong Netanyahu kerana berani membunuh penduduknya sendiri tanpa belas kasihan.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment