Friday, December 7, 2012

200 banduan Libya bolos

200 banduan Libya bolos - Global - Sinar Harian: "TRIPOLI - Kira-kira 200 banduan Libya meloloskan diri dari penjara Sabha, kira-kira 800 kilometer selatan Tripoli, Libya.

Jurucakap anggota perkhidmatan keselamatan berkata, punca 197 banduan melarikan diri masih belum diketahui.

Menurutnya, kebanyakan tahanan adalah penyokong Moammar Gadhafi, bekas Presiden Libya yang digulingkan ketika pemberontakan tentera tahun lalu.

Mengikut sumber bekas pemberontak Libya pada Revolusi 2011 lalu, polis keadilan yang mengawal penjara berkenaan membantu banduan untuk meloloskan diri kerana mereka adalah penjenayah biasa yang tidak membahayakan negara.

Sementara itu, wakil rakyat Sabha, Suad Ganun, mengesahkan kejadian itu dan menyalahkan pihak berkuasa berikutan kawalan keselamatan yang longgar.

Oktober lalu, 120 banduan dari penjara Tripoli juga meloloskan diri namun diberkas semula dan kini berada di bawah kawalan kerajaan. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment