Friday, December 7, 2012

Syria sedia guna senjata kimia?

Syria sedia guna senjata kimia? - Global - Sinar Harian: "WASHINGTON - Laporan perisikan Amerika Syarikat (AS) semalam mendakwa senjata kimia telah dipindahkan ke beberapa lokasi di Syria sejak kebelakangan ini.

Susulan daripada pendedahan itu, AS mula menyuarakan kebimbangan mereka jika Presiden Bashar al-Assad terpaksa menggunakan senjata kimia tersebut untuk menewaskan kumpulan pemberontak, Tentera Pembebasan Syria (FSA) selepas kebanyakan kawasan di negara itu berjaya ditawan oleh mereka.

CNN turut melaporkan sumber rahsia di AS memberitahu tentera Assad sudah mula mencampurkan bahan kimia untuk menghasilkan gas sarin (bahan kimia paling beracun yang dikelaskan sebagai agen saraf).

Bagaimanapun, Damsyik sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka akan menggunakan senjata kimia dan turut menggesa AS menghentikan tuduhan yang sengaja mahu mengelirukan masyarakat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan untuk memanggil balik kaki tangan mereka dari Syria atas faktor keselamatan selepas konflik di negara itu dilaporkan semakin meruncing.

Penyelaras kemanusiaan PBB, Radhouane Nouicer berkata, satu perempat daripada 100 kaki tangan antarabangsa mereka dijangka meninggalkan negara tersebut menjelang akhir minggu ini."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment